Bukit Botak Sepanggar V3

At last, selepas PKP inilah aktiviti hiking yang pertama. Selepas menunggu hujan reda beberapa hari akhirnya dapat juga hiking dengan jayanya di Bukit Botak sepanggar.

My Precious
Fits Perfectly

Sebelum PKP juga pernah hike dengan member. Tapi mostly saya sudah terbiasa solo hiking.well..

Double Rainbow

Everything happen for a reason. A double rainbow. Saya nampak dimana-mana. Dua dua cantik tak tahu mana satu reflection, mana satu reflection dari bawah mana reflection diatas. Dem kompius.

Double Rainbow

Hujan juga kelihatan dari sebelah yang lain. Dayum son. Napa semua macam cliche. Saya berharap saja rezeki untuk saya hiking hari ini tercapai. Badan sudah rasa menjadi Gorilla lepas membalas dendam 6 bulan diet macam avengers.

Sekali sekala p hujan orang lain plak hehe

Hampir sahaja tidak mampu menghabiskan pendakian. Tempoh 3 bulan terlalu lama untuk apa sahaja – even hiking stamina. Anything can happen. Langkah pelan pelan limpas sumandak, ensemboi, 1 family, couple. Here I am alone with my walk. Slowly moving foward.

Around 6- saya sampai puncak. Penat jangan cerita lah. Hingus sudah meleleh. Cover guna tuala jew depan cewek. Mana lah beta nak taruk imej gua sebagai lelaki. But honestly-I am dying inside haha.

15 minit duduk mengadap rumput. Cuba fikir hikmah disebalik semua yang berlaku (cewah). Lihat orang lain sibuk ambil gambar. Tiba-tiba

“nampak ninin saya hahaha (ketawa manja manja gitu)”

Demm Son, suara perempuan. Ku tahankan jua leher ini untuk tidak menoleh. Argh. Group sebelah buat lawak pulaa. Laki perempuan 1 geng saya perasan. Geng keras agaknya sehingga perbualan seperti itu jadi bahan gurau.

Berdiri dan saya bersiap untuk balik. Tak apalah, biarkanlah mereka dengan moment mereka. Galas beg dan perlahan lahan mengorak langkah turun bukit.

Anonymous Photo

Tidak pasti bila dapat hiking lagi. All i know is- saya akan cuba live the moment – menikmati masa dan ruang yang ada. Sendiri atau dengan siapa sahaja yang cross path dengan kita. Tak gitu. Hujan pun turun semasa saya balik.

Zul Gremedia

~Double Beautiful Rainbow~

Time Flies

Kelmarin saya shoot wedding. Walaupun saya kata saya tidak mahu ambil sebarang job atas sebab mahu berehat sebentar, saya tetap ambil juga hanya jika ada sebab sebab tertentu.

Kawan sekelas sewaktu ambil kursus multimedia dahulu kini telah bergelar suami-meninggalkan aku dengan status-porebo alone, haha..enda baa…

Pendek kata saya jadi Videographer dan rakan saya Ivan menjadi Official Photographer.

Das Me – Waiting in Lobby (Ibis Hotel Inanam KK)

Jam 8 kami bergerak menuju ke Ibis Hotel. Jam 9.30 barulah jurusolek sampai. So, kami pun start kerja jam 9. Saya tidak mendapat keizinan untuk release photo sebenarnya, so memang tiada official photo akan saya kongsikan di sini.

Church event di Gereja PCS Menggatal, saya setup camera dan biarkan Photographer di dalam seorang diri since hanya 7 orang boleh masuk dalam Church satu-satu masa.

The Only photo i can release. Me selfi-ing with Ivan and the pengantin in the BG

Lepas sahaja acara church, saya dan Ivan terus sahaja dibawa untuk acara santai bersama close friend pengantin yang lain. Kami dibawa ke Inobong, Penampang.

Entrance

Dulu pernah shoot disini dengan team Ging Pisang untuk video ala documentari. Anda bolehla lihat kawasan ini melalui video dari Ging Pisang di pautan bawah ini:

Highlight ATV Inobong

Video diatas hanya cover perjalanan tempat yang bakal kami tuju pada 2 hari lepas. Penginapan kami terletak di bahagian atas lagi.

View dari Homestay Inobong
BBQ

Sempat meluangkan masa selama beberapa jam sampai jam 10.30 sahaja. Kemudian kami tinggalkan pengantin dan close friend untuk menikmati masa bersama mereka. Sebenarnya kena pancing untuk tinggal sama-sama sampai pagi tetapi kami ambil keputusan untuk balik sebab ada hal yang masih perlu diselesaikan esok.

Living the Moment

Bila diingat balik, cepatnya masa berlalu. Beberapa tahun lepas kami sama-sama study dan membuat aktiviti sama-sama. Tiba tiba tanpa sedar masa sudah berlalu dengan sangat pantas. Gitu la kali lumrahnya gaes.

Suka atau tidak, masa akan tetap berlalu. Today you a somebody, then..strangers. Itu yang saya dan kita semua alami sedar atau tidak.

Yesterday is history,

Today is a Gift

Tommorow is a mystery

I am smiling for my tomorrow,..whatever it may.

Zul Gremedia

~to future me~

Video Editing Kelas Online

Minggu lepas meeting dengan pengurusan dan rakan sekerja untuk cuba deliver kelas secara online, Saya cuba up secara unofficial survey untuk lihat sejauh mana penerimaan/minat orang dengan topik ini.

Survey Post
kena piyem personal

Setakat hari ini post ini sudah mendapat 124 like, 81 komen dan 15 share. Cukup untuk memberi gambaran bahawa sebenarnya banyak yang berminat untuk belajar tanpa perlu ada kelas fizikal. Kelas Online boleh dilaksanakan dari rumah tau dimana sahaja tempat yang selesa. Tiada etika pemakaian, tiada etika formal yang lazimnya dalam kelas tradisional.

Banyak sebenarnya cabaran untuk melaksanakan kelas secara Maya. Seperti yang cuba dilaksanakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia semasa tempoh MCO, boleh dikatakan program kelas secara Maya gagal (sedih).

Antara masalah yang bakal timbul adalah:

  • Apa Spec Laptop (Kena yang pakai jaman jipun punya nda sandi tu belajar)
  • Speed Internet. Kalau tidak laju, maka sana lah isu mouse tidak nampak, kabur,pixelated
  • Tumpuan– Ini kes pelajar sekolah. Tapi saya percaya orang yang sanggup invest untuk belajar online memang mahu belajar
  • Apple vs Windows – Kami bakal guna platform windows. Bagaimana dengan mereka yang berminat join tapi guna Apple nanti?
  • Kawalan – Kami plan untuk menghadkan jumlah peserta kepada (maybe) 10 orang satu masa.
  • Kefahaman– Kami tiada idea sejauh mana student faham tanpa berinteraksi secara fizikal (beza doh depan depan dengan online)
  • Perisian – ini kami bakal cuba esok esok, sama ada guna platform gaming (OBS studio) atau guna Zoom

Sepertimana anda teruja untuk join, kami juga teruja untuk melaksanakannya. Kalau ada peluang untuk mendapatkan dana daripada badan kerajaan untuk jalankan kursus ini, kami akan maklumkan juga kelak.

YURAN

Kemungkinan besar ini akan jadi isu untuk sebahagian peserta yang join. Tapi kos ini perlu diambil kira memandangkan kami juga menggunakan barang barang untuk menjalankan kursus ini. Antara yang bakal kami gunakan adalah:

  • PC
  • Human Resources – seorang akan mengajar dan beberapa orang akan assist peserta secara one on one jika sekiranya peserta mengalami masalah dalam proses pembelajaran.
  • Internet – Kami gunakan Unifi. Tidak ada masalah speed bagi pihak kami sebagai penganjur. Hanya borang survey akan diedarkan untuk kami summarize kelajuan internet peserta
  • Support – Ini adalah keistimewaan kursus online yang cuba kami jalankan. Boleh sahaja belajar di Youtube tapi untuk dapatkan sumber pembelajaran dan sokongan berterusan itu sangat sukar.

PENGALAMAN

Jika anda risau kredibiliti tenaga pengajar untuk rancangan kursus ini, anda tidak perlu khuatir kerana kami berpengalaman hampir 10 tahun secara purata setiap tenaga pengajar dalam bidang multimedia. Pengalaman mengadakan kelas Tradisional juga sama. Jika anda ingin melihat sekilas pandang Institusi kami (CRCSB), anda boleh layari FB dan Website kami di bawah.

Pengalaman meliputi Pre-Production, Production dan Post Production dalam pelbagai bidang antaranya: Filem, Video Korporat, Wedding, Music Video, Iklan dan pelbagai lagi

Pautan:

Page Facebook : Creative Reality Center

Website : CRCSB.NET

Jika tiada halangan, kami akan jalankan kursus ini dalam masa yang terdekat. Dalam minggu ini kami akan cuba run secara dalaman untuk mengenalpasti halangan dan cabaran melakukan kursus secara maya. Semoga semua mendapat manfaat daripada ini. Pergh…macam formal sangat.

Zul Gremedia

~ Ini Jaman Online~